Wednesday, November 10, 2010

Kek Buah Kukus

Bahan A(diayak)
300gm tepung gandum
1 sd teh soda bikarbonat

Bahan B (dipukul sehingga kembang)
250gm butter
1 cawan gula halus

Bahan C(untuk gula hangus)
1 cawan gula(masak gula sehingga agak perang,kemudian masukkan 1/2 cawan air,gunakan api perlahan)

Bahan lain
3biji telur A
1 sd teh esen vanila
250gm mixfruit+sedikit tepung supaya buah tidak mendap)

Cara menyediakan
1.Panaskan air dalam pengukus.
2.Setelah bahan B kembang,masukkan esen dan pukul lagi hingga sebati.
3.Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan mentega.
4.Masukkan tepung sedikit2 dan kacau satu pusing arah,kemudian masukkan gula hangus ketika masih panas,kacau rata dan cepat2 supaya gula tidak beku.
5.Akhir sekali masukkan buah dan kacau sebentar sahaja.Masukkan adunan ke dalam loyang yang sesuai dan tutup dengan aluminiumfoil.Kukus 4jam.

Info:Bila air dalam pengukus kurang,masukkan air mendidih supaya suhunya tidak turun dan buah tidak mendap.

Kek Karot

Bahan A
1 1/2cawan tepung gandum 
1/2 sudu kecil garam           
1 1/2 sd soda bikarbonat     
(semua bahan di atas diayak)

Bahan B
4biji telur
2 sudu madu
1 cawan gula

Bahan C
1 sd kecil perisa oren
1 sd kecil perisa vanilla
1 cawan minyak

Bahan D
1/2 cawan nenas (dalam tin dan dicincang2 sedikit)
2 1/2 cawan karot(parut halus)
1/2 cawan walnut(cincang kasar)
1/4 cawan kelapa kering
1/4 cawan kismis kuning

Cara menyediakan

1.Pukul bahan B hingga sebati,kemudian masukkan bahan C.
2.Masukkan sedikit2 bahan A,kacau sebentar dan akhir sekali masukkan bahan D,kacau.
3.Bakar sehingga masak.

Krim Keju
250gm krim keju
50gm butter
1/2 cawan susu pekat
50ml air gula pekat
(pukul bahan di atas hingga kembang dan sapukan di atas kek karot yang telah sejuk)

Tuesday, November 9, 2010

Ayam masak tomato

Bahan-bahan

1 ekor ayam-potong 8 dan bersihkan.Setelah itu,gaulkan ayam dengan 1 sudu kecil garam dan serbuk kunyit.Goreng tetapi tidak terlalu garing.

Bahan-bahan lain

1 biji bawang besar-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
1 inci halia kisar
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar tomato puri
3 sudu sos cili
2 biji tomato-potong ikut suka
garam dan gula
1 sudu besar tepung gandum(bancuh dengan 1/2 cawan air-untuk pekatkan kuah)

Cara menyediakan:

Tinggalkan sedikit minyak goreng ayam di dalam kuali,tumiskan bahan kisar diikuti semua sos,tomato,gula dan garam sehingga naik bau.Jika kurang rasa sos tersebut,bolehlah ditambah.Bila sambal masak,masukkan bancuhan tepung dan akhir sekali masukkan ayam,biarkan mereneh sebentar supaya sebati.Tutup api.

Info:Sebelum tutup api,boleh juga ditambah dengan hirisan bawang besar dan kacang peas sebagai hiasan.

Daging Masak Kurma

Bahan-bahan

1 kg daging-dipotong dadu agak besar sedikit,bersihkan dan tos.
4 sudu besar rempah kurma
2biji bawang besar-kisar
5ulas bawang putih-kisar
1inci halia-kisar
rempah 4 sekawan(kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih)
2 cawan santan
5 biji kentang-belah empat
1 biji bawang besar-potong baji
2biji tomato-belah empat
3/4 cawan minyak masak untuk menumis

Cara menyediakan:

1.Panaskan minyak di dalam periuk yang sesuai.Tumiskan rempah 4 sekawan,kemudian masukkan bahan kisar.
2.Setelah agak garing,masukkan rempah kurma seterusnya daging,sekiranya kering tambahkan 1 cawan air.Tutup,gunakan api kecil dan biarkan sehingga daging agak empuk.Sesekali hendaklah dikacau.
3.Setelah daging agak empuk,masukkan santan,kentang dan garam.Bila kentang empuk,masukkan bawang potong baji dan tomato.Rasakan garam.

Udang Masak Rempah

Bahan-bahan

10 ekor udang sederhana besar (tidak perlu buang kepala dan kulitnya,buangkan hitam di belakang badan udang)
1 biji bawang besar-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
1cm halia-kisar
2 sudu besar rempah kari+1/2 cawan air(bancuh)
garam secukup rasa
sedikit minyak

Cara menyediakan:

Panaskan minyak.Tumiskan bahan kisar hingga agak garing kemudian masukkan rempah kari,tumis sehingga naik bau.Setelah itu masukkan udang dan garam.Setelah udang masak,rasakan garamnya.Boleh juga ditambah tomato sebiji dibelah empat setelah udang dimasukkan.

Thursday, October 28, 2010

Mee Kari

Bahan-bahan

1biji bawang besar - kisar
5ulas bawang putih - kisar
1inci halia - kisar
2 sudu cili kering kisar
1 ketul kiub ayam(sebagai penambah perisa)
4 sudu besar rempah kari daging (bancuh dengan sedikit air)
4 keping isi ayam- dipotong kecil2
1 cawan santan pekat
1 liter air (boleh tambah sekiranya kuah pekat)
garam secukup rasa
sedikit air asam jawa

Cara membuatnya:

1.Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk yang sesuai.Tumiskan bahan kisar,setelah agak garing,masukkan rempah kari yg telah dibancuh dengan sedikit air dan kacau hingga naik bau.
2.Setelah rempah masak,apabila telah pecah minyak,masukkan air asam jawa dan seterusnya isi ayam.Jika suka boleh ditambah udang,sotong,isi kerang,bebola ikan atau kek ikan.
3.Apabila ayam agak empuk,masukkan santan,air,garam dan kiub ayam.Tunggu sehingga mereneh dan rasakan garamnya.

Bahan-bahan lain

mee kuning (celur sebentar dengan air panas)
sedikit sawi dan taugeh(dicelur sebentar dengan air panas)
tauhu goreng(potong dadu)
telur rebus
bawang goreng
daun sup,daun bawang(hiris halus)
sedikit cili potong(jika suka pedas)

Masukkan serba sikit bahan di atas ke dalam mangkuk dan curahkan kuah kari bersama perencahnya.Enak dimakan ketika masih panas.

Wednesday, October 27, 2010

Soto Ayam

Bahan-bahannya

1 ekor ayam - potong 8 dan bersihkan
2biji besar bawang besar  - kisar
5ulas bawang putih  - kisar
1inci halia   - kisar
2ketul kiub ayam
rempah 4 sekawan(kulit kayumanis,bunga lawang,buah pelanga,bunga cengkih)
1sudu besar rempah sup serbuk
4liter air (kalau nak lebih boleh tambah lagi)

Satukan semua bahan di atas di dalam periuk yang sesuai,renehkan sehingga ayam masak dan rasakan garamnya.Bila ayam dah masak,keluarkan dari periuk,toskan dan carik-carik isi ayam menggunakan garpu.

Bahan-bahan lain:

Nasi Impit
Suhun yang telah digoreng
Kacang tanah yang telah digoreng
Bawang goreng
Daun sup + daun bawang, diracik halus
Sambal kicap (10 biji cili padi+dua ulas bawang putih+gula+secubit garam,
                       tumbuk hingga lumat dan campurkan sedikit kicap manis+kicap masin)

Cara makan:
sediakan mangkuk, masukkan beberapa ketul nasi impit, sedikit suhun goreng,kacang tanah , bawang goreng , daun sup+daun bawang,sambal kicap dan sedikit isi ayam yang telah dicarik,kemudian tuangkan sup panas. Boleh ditambah pegedil jika suka.
Selamat Mencuba!!!

Info: Boleh juga nasi impit diganti dengan bihun atau mee,jadilah Bihun sup
        atau Mee sup.

Thursday, September 23, 2010

Mee Bandung Johor

Bahan-bahan penumis (A)

2sudu besar bawang kisar
2 ulas bawang putih kisar
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar udang kering(rendam sebentar&tumbuk kasar)
1/2 cawan kacang tanah(sangai dan tumbuk)
1/2 cawan minyak untuk menumis

Bahan -bahan (B)                                                Bahan-bahan C
100gm Daging (rebus dan potong kecil)
(simpan air rebusan daging)                                 1 bungkus mee kuning
100gm Ayam                                                     (jika anda berada diperantauan gantikan
100gm udang basah                                            mee kuning dengan 1/2 bungkus spagheti,
sedikit kobis bunga                                              rebus dan bubuh 2 sudu minyak dan 1
1 batang lobak merah                                          sudu kecil garam,bila telah lembut,toskan)
4 tangkai sayur sawi                                                           
sedikit sos cili                                              
sedikit sos tomato
3 biji telur ayam
gula dan garam secukup rasa
1 kiub ayam
2 sk tepung gandum@ tepung jagung + bancuh dengan 1/2 cawan air(bagi memekatkan kuah)

Cara menyediakan:

1.Panaskan minyak,masukkan bahan kisar dan udang kering.Bila telah naik bau,masukkan sos,kiub ayam,gula,garam dan kacang tanah.Kacau lagi.
2.Setelah itu masukkan air rebusan daging,daging dan ayam.Bila semuanya hampir empuk,masukkan udang dan sayuran.Renehkan sebentar selama 5minit.Setelah itu masukkan air bancuhan tepung.Kacau.
3.Kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji,jangan dikacau,biarkan telur sebiji sebiji dan terus padamkan api.Biarkan telur separuh masak.
4.Masukkan mee ke dalam mangkuk dan curahkan kuah.

Tuesday, September 21, 2010

Mee Bandung Perantau

Bahan-bahan A (Penumis)

1biji bawang besar (kisar)
2ulas bawang putih (kisar)
1cm halia (kisar)
2 sudu besar cili kisar
sos tomato,sos cili
1kiub ayam
garam dan gula

Bahan B

200gm daging hancur (hackfleisch)
sedikit kobis bunga
1 batang karot(potong ikut suka)
sedikit sayur sawi (jika ada)
3 biji telur
250gm spagheti (rebus hingga lembut,masa merebus masukkan 2sudu minyak masak dan sedikit garam)

Cara menyediakan

1.Panaskan 5 sudu minyak masak ke dalam periuk.Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2.Masukkan sos,kiub,garam dan gula.Kemudian masukkan daging,kacau hingga masak.
3.Setelah itu masukkan 2 liter air,tunggu mendidih,masukkan sayur-sayuran,tunggu sebentar dalam 5 minit.Rasa kuahnya.
4.Setelah itu,bancuhkan 2 sudu tepung gandum+1/2 cawan air bagi memekatkn kuah.
5.Akhir sekali pecahkan telur,jangan dikacau,biarkan sebiji-sebiji.Bila separuh masak,padamkan api.
6.Masukkan spagheti ke dalam mangkuk dan curahkan kuah ke atas mee.

Mee Bandung

Bahan A (penumis)

1biji bawang besar (kisar)
2ulas bawang putih (kisar)
1cm halia(kisar)
2sudu besar cili kering kisar
4sudu sos tomato,4 sudu sos cili
1ketul kiub ayam
garam dan gula

Bahan B

10 ekor udang sederhana besar
sedikit kobis bunga
1 batang karot (potong ikut suka)
4tangkai sayur sawi
3biji telur
1/2kg mee kuning (celur sebentar)
2sudu besar tepung gandum+1/2 cawan air(dibancuh)

Cara menyediakan

1.Panaskan 5sudu minyak ke dalam periuk.Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.Kemudian masukkan sos,kiub ayam,garam dan gula.Kacau.
2.Setelah itu masukkan 2 liter air,bila sudah mendidih,masukkan udang dan sayur-sayuran.Biarkan sebentar dalam 5minit.Rasakan.
3.Kemudian masukkan bancuhan tepung gandum bagi memekatkan kuah.
4.Akhir sekali barulah dipecahkan telur ke dalam kuah.Jangan kacau kuah,biarkan telur sebiji-sebiji.Bila telur separuh masak,tutup api.
5.Jika mahu dimakan terus,bolehlah masukkan mee ke dalam kuah.Tetapi jika ingin dihidangkan untuk tetamu,lebih baik asingkan mee dengan kuah supaya mee tidak kembang.

Monday, September 20, 2010

Mee Rebus Special

Bahan A

200gm daging (potong dan bersihkan,kemudian rebus hingga empuk.Air rebusan daging jangan dibuang)

Bahan B (Penumis)

2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar rempah kari daging
1biji  bawang besar (dikisar)
3ulas bawang putih (dikisar)
1inci halia (dikisar)
1 batang serai (diketuk)
2 sudu besar udang kering(tumbuk kasar)
1/2 cawan minyak untuk menumis

Bahan C

3 biji ubi keledek sederhana besar (buang kulit,cuci,rebus dan kisar dengan dengan air rebusan tadi)
2 cawan santan
15 ekor udang sederhana besar (basuh,jangan buang kulit)
garam dan gula secukup rasa

Bahan D

1kg mee kuning @ 500gm spagheti (rebus,masukkan 2 sudu minyak makan dan 1/2teh garam-rebus hingga lembut)
2keping tauhu(digoreng dan potong dadu)
2tangkai daun bawang (hiris)
2biji cili hijau (hiris)
1 mangkuk kecil taugeh(celur sekejap)
2 biji telur rebus (belah ikut suka)

Cara menyediakan

1.Panaskan minyak dalam periuk.Masukkan bahan B,tumis hingga naik bau.
2.Kemudian masukkan air rebusan daging,santan dan ubi keledek kisar.Sesekali dikacau.
3.Setelah kuah mendidih masukkan udang dan daging.Kemudian masukkan garam dan gula.Jika suka kuah agak manis,lebihkan gula sedikit.Jika kuah agak pekat tambahkan air.Jangan terlalu cair.Biarkan sebentar sehingga kuah mereneh.Rasa,kuahnya agak sedap jika ada rasa sedikit manis.Tutup api.
4.Masukkan sedikit mee ke dalam mangkuk,bubuh tauhu,telur rebus,taugeh,daun bawang dan cili hijau,kemudian curahkan kuah ke atasnya.

Selamat mencuba

Friday, September 10, 2010

KakAin Recipes: Kek- Coklat - Moist

KakAin Recipes: Kek- Coklat - Moist: "Bahan A: 1 cawan gula 1 cawan serbuk koko 1 cawan air Zutaten A : 1 tasse Zucker 1 tasse kakao puder 1 tasse wasser Cara-cara: Masak..."

Monday, September 6, 2010

Lodeh


Bahan-bahan tumis

1biji bawang besar - kisar
3ulas bawang putih - kisar
sedikit minyak

Zutaten:




1 Zwiebel - gehackt
3 Knoblauch - gehackt

Bahan-bahan lain

2batang lobak merah(potong ikut suka)
2biji kentang(potong kecil)
sedikit kobis @ kobis bunga
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
tempe (digoreng dan dipotong kecil)
2 keping tauhu kering(direndam)
sedikit suhun (direndam)
sedikit udang basah
1 batang cili hijau dan merah(potong serong)
1 batang serai (diketuk)
daun limau purut
garam
3 cawan santan

Andare Zutaten:

2 Karotten (geschnitten folgen Liebe)

2 Kartoffeln (klein geschnitten)
  wenig Kohl Kohl @ Blumen
2 Stück Tofu (gebraten und gewürfelt)
Tempe (gebratene und klein geschnitten)
2 Scheiben von getrockneten Tofu (eingeweicht)
einige suhun (eingeweicht)
einige frische Garnelen
1 Stiel grün und rot Chilis (Schnitt schräg)
1 Stiel Zitronengras (zerdrückt)
Kaffirblättern
Salz
3 Tassen Kokosmilch

cara membuat:

1.Panaskan minyak di dalam periuk,setelah itu masukkan bahan tumis dan serai
2.Setelah naik bau,masukkan santan.Bila kuah sudah mendidih,masukkan lobak,kentang,tauhu kering dan udang.
3.Setelah bahan-bahan tadi separuh masak,masukkan semua bahan yang lain,daun limau purut dan garam.Rasakan garamnya.

Info:anggaran untuk 10 orang makan


Zuberitung
1.Vorheizten  Öl in einer Pfanne, fügen Sie dann ein Rühren braten und Zitronengras

2.Nach duftenden, fügen Sie die Brühe cocosmilch.Wann kocht unter geben  möhren, Kartoffeln, Tofu und getrocknete  garnelen.
3.Nach Materialien nur halb gekocht, fügen Sie alle anderen Zutaten, Kaffirblättern und Salz garam.






Info: Die Schätzungen für die 10 Personen zum Essen

Kuah Kacang

Bahan-bahan

1/2kg kacang tanah (goreng tanpa minyak,setelah itu buangkan kulit kacang
                               dan tumbuk atau dikisar)
1biji bawang besar - dikisar
3ulas bawang putih - dikisar
3 sudu cili kering kisar
1/2 cawan udang kering-rendam sebentar kemudian tumbuk kasar
gula merah dan gula putih
garam 1 batang serai - diketuk
sedikit air asam jawa
sedikit minyak untuk menumis


Zutaten :

1/2kg Erdnüsse (ohne Öl gebraten, dann entfernen Sie die Haut Erdnüssen

und gestampft oder gemahlen)
1 Zwiebeln - Boden
3 Knoblauch zehen - Blended
3 EL gemahlene getrocknete Chili
0.5 Tasse getrocknete Garnelen, genießen eine Weile und dann schlug raue
braunem Zucker und Weißzucker
Salz 1 Stengel Zitronengras - zermalmt
leicht saures Wasser javanischen
etwas Öl

Cara membuat:


1.Panaskan minyak,setelah itu tumiskan bahan kisar,udang kering dan serai.
2.Bila sudah naik bau masukkan kacang tanah dan air asam jawa(anggaran 1/2 cawan).
3.Kemudian masukkan 3 cawan air atau mengikut masing-masing.Jika suka cair masukkan air lebih atau sebaliknya.Setelah itu,masukkan garam dan gula.
4.Renehkan sehingga kuah kacang jadi pekat.Gunakan api yang sederhana.Sesekali dikacau kuah kacang tersebut kerana ia mudah berkerak pada bahagian dasar. Rasakan,jika suka manis,lebihkan gula.


Zubereitung

1.Vorheizten Öl, dann umrühren Zutaten, getrockneten Garnelen und Zitronengras.

2.Wann ist wohlriechend fügen, geben die Erdnüsse und Java (etwa 1 / 2 Tasse).
3.Danah mit 3 Tassen Wasser oder Flüssigkeit in ihrer Liebe undan  das Salz und Zucker gegeben
4.Vorheitzten bis Erdnusssauce so dick.Rurhen sie das Erdnuss-Sauce, weil sie auf der Unterseite knusprig. 
  Fühlen Sie, wenn Sie wie süß, bevorzugt Zucker.

Ayam Tandoori Panggang


Bahan-bahan

1 ekor ayam -potong 8 dan bersihkan
2 sudu besar rempah tandoori
2 sudu besar cili kering kisar
1inci halia - dikisar@ditumbuk
3ulas bawang putih - dikisar@ ditumbuk
1/2 sudu besar garam
sedikit rempah kunyit
sedikit minyak masak

Zutaten:
1 Huhn, in 8 und sauber geschnitten
2 EL Tandoori-Gewürz
2 EL trockener Chili mahlen
1inci Ingwer - schlug @ Boden
3 Knoblauch zehen - schlug @ Boden
2.1 Esslöffel Salz
Gewürz Kurkuma ein wenig
ein wenig Speiseöl

Cara membuat:

1.  Perapkan ayam dengan rempah tandoori,bahan kisar,garam serbuk kunyit selama 1/2jam.
2.  Setelah itu panggang ayam di atas grill yang sesuai.Balikkan ayam supaya cepat masak dan sesekali renjis minyak untuk garingkan bahagian luar ayam.
3.  Jika tiada grill,bubuh sedikit minyak masak dalam kuali,bila minyak telah panas masukkan ayam,garingkan bahagian luar isi ayam sebentar selama 5minit,setelah itu pindahkan ayam ke dalam oven dan bakar hingga bahagian dalam isi ayam masak atau selama 45minit.

Zubereitung :

1. Tandoori Chicken Marinade mit Gewürzen, Zutaten, Salz und Kurkuma Pulver für 1/2 stunde

2. Nach dem Brathähnchen auf dem Grill schnell zu kochen Huhn . Umdrehen und die gelegentliche Spritzer Öl an der Außenseite des Huhns getrocken
3. Wenn kein Grill, Legen Sie ein wenig Öl in einer Pfanne, wenn das Öl heiß Fügen Sie das Huhn, das Huhn trocken äußeren 5minit für eine Weile, dann bewegen Sie das Huhn in den Ofen und backen, bis das Huhn kochen im Haushalt oder für 45min.

Sunday, September 5, 2010

Rendang Penang

Bahan-bahan

1kg   daging(potong lebar tetapi agak nipis setebal 1/2 cm,basuh dan tos)
10sudu cili kering kisar
4biji bawang besar -dikisar
5ulas bawang putih  -dikisar
3inci halia - dikisar
sedikit serbuk kunyit
2batang serai-diketuk
sedikit lengkuas(jika ada)-dikisar
kicap manis
kicap masin
3sudu besar kerisik
segenggam daun kari
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Zutaten :

1 kg Fleisch (in großen, von 1 / 2 cm schneiden, waschen und abtropfen lassen)

10  getrocknete Chili mahlen
4 Zwiebel-Masse
5 Knoblauch zehen
3 Ingwer zehen- Boden
ein wenig Gelbwurzpuder
2 Zitronengras, gemahlen
ginger wenig (wenn überhaupt), Boden
süßer Sojasauce
Salz Sojasauce
3sudu große Rascheln
Handvoll Curryblätter
Salz nach Geschmack
etwas Öl



Cara membuat:

1.Perapkan daging dengan bahan kisar dan kicap selama 1 jam.
2.Setelah itu panaskan minyak di dalam kuali,tumiskan daun kari dan serai,selepas itu masukkan bahan perap tadi dan kacau rata.Masak menggunakan api yang perlahan.Sesekali dikacau.
3.Bila daging hampir lembut masukkan kerisik dan garam.Renehkan sehingga kuah hampir pekat seperti rendang.

Info:Sesuai dimakan dihari lebaran bersama ketupat dan lemang.Rendang ringkas tidak perlu menggunakan santan.

Zubereitung :
1.Fleisch mit Soja-Sauce Zutaten und Mischung für 1 Stunde.

2.Nach das Öl in einem Wok, Stir Blätter und Zitronengras Curry, dann fügen Zutaten und rühren Sie einfach marinieren rata und ruhren
3.Wann  Fleisch ist weich und rascheln, salz gegeben  bis die Sauce dick ist wie schattig.





Info: Erhältlich gegessen Festtag mit einer kurzen lemang.Rendang ketupat und nicht zu Kokosmilch verwenden.

Ayam Masak Aladdin

Bahan A:

1 ekor ayam (potong 10 dan bersihkan)
1 sudu kecil garam
sedikit kunyit serbuk
minyak untuk menggoreng

Zutaten A:

1 Huhn (in 10 und sauberen Schnitt)

1 Teelöffel Salz
ein wenig Gelbwurzpuder
Öl zum Frittieren

Cara-cara:

Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.Goreng ayam sehingga masak tetapi tidak terlalu garing.Ketepikan.

Zubereitung:

Mischen Sie das Huhn mit Salz und Gelbwürzpuder.Der Huhn aber nicht
so knackig anbraten.

Bahan B

5 sudu besar cili kering kisar
2 biji bawang besar -dikisar
5ulas bawang putih -dikisar
2inci halia   - dikisar
3 pelepah daun kari@ segenggam daun kari
1 batang serai -diketuk
kicap manis
kicap masin
sos tiram
garam secukup rasa
sedikit air asam jawa
2 sudu kerisik

Zutaten B:



5 EL trockener Chili mahlen
2 große Zwiebeln, Boden
5 Knoblauchzehen-Boden
3cm Ingwer - Boden
3 ergibt sich Curryblätter, Curryblätter Handvoll @
1 Stange Zitronengras, gemahlen
süßer Sojasauce
Salz Sojasauce
Austernsauce
Salz nach Geschmack
leicht saures Wasser javanischen
2 Esslöffel Rascheln


Cara membuat:

1.Panaskan sedikit minyak,masukkan daun kari,selepas itu masukkan bahan kisar dan serai.Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
2.Setelah itu masukkan air asam jawa,garam,kicap,sos tiram,kerisik dan rasakan.Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi,gaul rata.Renehkan sebentar dan rasakan garamnya,ada rasa manis sikit dan masam sikit tetapi tidak masin.Agak kering padamkan api.

Info:sesuai dimakan dengan nasi panas,lemang,ketupat palas atau nasi impit.

Wie wird es gemacht:



1.Vorheizten wenig Öl anbraten, Curry-Blätter, dann fügen Zutaten und Zitronengras .Anbraten bis duftenden Öl und platzen.


2.Danach das Tamarindensaft unterheben, Salz, Sojasauce, Austernsauce, rascheln und probieren.Und dann, geben der gebratenes Huhn, gleichmäßig rühren.Kochen einen Augenblick und denke, es ist ein wenig süß und sauer schmecken, aber ein wenig salzig.Wenn der huhn schon trocken wird, Hitze ausschalten.


Info: für den Verzehr geeignet mit heißem Reis, lemang, ketupat PALAS oder Reis impit

Ketupat Palas Perantau

Bahan-bahan

1/2kg  pulut (basuh dan tos)
500ml santan
1sudu teh garam
beberapa helai daun pisang(layurkan sebentar di atas api)

Zutaten:

1/2kg Klebreis (abspülen und abtropfen lassen)

500ml Kokosmilch
1sudu Tee-Salz
mehrere Stücke von Bananablätter (leicht machen während in Brand)

Cara-cara membuat:

1.Masukkan santan dan garam ke dalam periuk.Didihkan sebentar di atas api.
2.Bila santan sudah mendidih,masukkan pulut dan kacau.Masak hingga 3/4 masak.Tutup api.
3.Kemudian,daun pisang tadi dibuat seperti kelongsong bentuk 3 segi dan masukkan pulut ke dalam kelongsong tadi dan kepilkan bhgian yg terbuka dengan lidi atau stapler.
4.Rebus ketupat di dalam air mendidih selama 1 jam atau ketupat kelihatan mengembang dari bentuk asal.

Info:ketupat palas enak dimakan bersama rendang atau serunding.

Zubereitung:


1. Kokosmilch und Salz in einem  topf eingeben .Kocht auf der herd.
2.Wenn Kokosnussmilch kocht wird, fügen Klebereis und gleichmäßig rühren.Kocht der Klebereis bis 3/4 .Hitze ausschalten.
3.Danach,die Banane Blätter wie cornhusk der drei Begriffe aus und geben Sie in das Klebereis  und fügen der cornhusk .
4.Kocht der ketupat in kochendem Wasser für 1 Stunde oder ketupat scheint von der ursprünglichen Form zu verlängern.


Info: ketupat PALAS köstlich mit Charme rendang oder gegessen.

Saturday, September 4, 2010

KakAin Recipes: lemang perantau

KakAin Recipes: lemang perantau: "Bahan-bahan 3 cawan pulut (basuh bersih dan toskan) 3 cawan santan 1/2 sudu teh garam daun pisang(layurkan sebentar di atas api)(jika..."

lemang perantau


Bahan-bahan

3 cawan    pulut (basuh bersih dan toskan)
3 cawan    santan
1/2 sudu teh garam
daun pisang(layurkan sebentar di atas api)(jika takda,gantikan dengan plastik)
alu foil

Zutaten:

3 tasse Klebereis (waschen und gut abtropfen)
3 tasse Kokosmilch
1/2 teelöffel Salz
Bananenblätter
Alufolie
Cara membuat

1.Masukkan pulut,santan dan garam ke dalam periuk dan tutup.Masak menggunakan api yang perlahan.Ataupun boleh juga dikukus.Sesekali kacau pulut supaya masak sama rata.
2.Setelah hampir masak dan agak kering,letakkan pulut di atas daun pisang dan gulung padat seperti membuat lemang.Anggaran,sendukkan pulut dalam 2 senduk.Buat sehingga habis.
3.Kemudian,pulut yang telah dibalut dengan daun pisang tadi,dibalut lagi dengan alu foil,kelim hujung kiri dan kanan supaya pulut tidak terkeluar.
4.Setelah itu masukkan lemang ke dalam oven dan bakar lebih kurang 1/2 jam dengan suhu 180C.

Zubereitung:

1.Kocht den Klebereis,Kokosmilch und etwas Salz in den topf und deckel zu.
   Kocht  mit schwacher Hitze. Rühren den Klebereis gleichmäßig.

2.Danach, den Klebereis setzen auf der Bananenblätter und rollt das wie der Lemang 
   aussieht.

3.Wenn das gerollte Lemang fertig wird,wickelt das noch mit Alufolie hin,
   schließt den rechte und linke seite ab,damit dass nicht ausrutschen.

4.Zum Schluss,legt der Lemang in der Backofen für 1/2 stunde mit 180`c.