Tuesday, September 21, 2010

Mee Bandung

Bahan A (penumis)

1biji bawang besar (kisar)
2ulas bawang putih (kisar)
1cm halia(kisar)
2sudu besar cili kering kisar
4sudu sos tomato,4 sudu sos cili
1ketul kiub ayam
garam dan gula

Bahan B

10 ekor udang sederhana besar
sedikit kobis bunga
1 batang karot (potong ikut suka)
4tangkai sayur sawi
3biji telur
1/2kg mee kuning (celur sebentar)
2sudu besar tepung gandum+1/2 cawan air(dibancuh)

Cara menyediakan

1.Panaskan 5sudu minyak ke dalam periuk.Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.Kemudian masukkan sos,kiub ayam,garam dan gula.Kacau.
2.Setelah itu masukkan 2 liter air,bila sudah mendidih,masukkan udang dan sayur-sayuran.Biarkan sebentar dalam 5minit.Rasakan.
3.Kemudian masukkan bancuhan tepung gandum bagi memekatkan kuah.
4.Akhir sekali barulah dipecahkan telur ke dalam kuah.Jangan kacau kuah,biarkan telur sebiji-sebiji.Bila telur separuh masak,tutup api.
5.Jika mahu dimakan terus,bolehlah masukkan mee ke dalam kuah.Tetapi jika ingin dihidangkan untuk tetamu,lebih baik asingkan mee dengan kuah supaya mee tidak kembang.

No comments:

Post a Comment