Wednesday, November 10, 2010

Kek Buah Kukus

Bahan A(diayak)
300gm tepung gandum
1 sd teh soda bikarbonat

Bahan B (dipukul sehingga kembang)
250gm butter
1 cawan gula halus

Bahan C(untuk gula hangus)
1 cawan gula(masak gula sehingga agak perang,kemudian masukkan 1/2 cawan air,gunakan api perlahan)

Bahan lain
3biji telur A
1 sd teh esen vanila
250gm mixfruit+sedikit tepung supaya buah tidak mendap)

Cara menyediakan
1.Panaskan air dalam pengukus.
2.Setelah bahan B kembang,masukkan esen dan pukul lagi hingga sebati.
3.Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan mentega.
4.Masukkan tepung sedikit2 dan kacau satu pusing arah,kemudian masukkan gula hangus ketika masih panas,kacau rata dan cepat2 supaya gula tidak beku.
5.Akhir sekali masukkan buah dan kacau sebentar sahaja.Masukkan adunan ke dalam loyang yang sesuai dan tutup dengan aluminiumfoil.Kukus 4jam.

Info:Bila air dalam pengukus kurang,masukkan air mendidih supaya suhunya tidak turun dan buah tidak mendap.

Kek Karot

Bahan A
1 1/2cawan tepung gandum 
1/2 sudu kecil garam           
1 1/2 sd soda bikarbonat     
(semua bahan di atas diayak)

Bahan B
4biji telur
2 sudu madu
1 cawan gula

Bahan C
1 sd kecil perisa oren
1 sd kecil perisa vanilla
1 cawan minyak

Bahan D
1/2 cawan nenas (dalam tin dan dicincang2 sedikit)
2 1/2 cawan karot(parut halus)
1/2 cawan walnut(cincang kasar)
1/4 cawan kelapa kering
1/4 cawan kismis kuning

Cara menyediakan

1.Pukul bahan B hingga sebati,kemudian masukkan bahan C.
2.Masukkan sedikit2 bahan A,kacau sebentar dan akhir sekali masukkan bahan D,kacau.
3.Bakar sehingga masak.

Krim Keju
250gm krim keju
50gm butter
1/2 cawan susu pekat
50ml air gula pekat
(pukul bahan di atas hingga kembang dan sapukan di atas kek karot yang telah sejuk)

Tuesday, November 9, 2010

Ayam masak tomato

Bahan-bahan

1 ekor ayam-potong 8 dan bersihkan.Setelah itu,gaulkan ayam dengan 1 sudu kecil garam dan serbuk kunyit.Goreng tetapi tidak terlalu garing.

Bahan-bahan lain

1 biji bawang besar-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
1 inci halia kisar
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar tomato puri
3 sudu sos cili
2 biji tomato-potong ikut suka
garam dan gula
1 sudu besar tepung gandum(bancuh dengan 1/2 cawan air-untuk pekatkan kuah)

Cara menyediakan:

Tinggalkan sedikit minyak goreng ayam di dalam kuali,tumiskan bahan kisar diikuti semua sos,tomato,gula dan garam sehingga naik bau.Jika kurang rasa sos tersebut,bolehlah ditambah.Bila sambal masak,masukkan bancuhan tepung dan akhir sekali masukkan ayam,biarkan mereneh sebentar supaya sebati.Tutup api.

Info:Sebelum tutup api,boleh juga ditambah dengan hirisan bawang besar dan kacang peas sebagai hiasan.

Daging Masak Kurma

Bahan-bahan

1 kg daging-dipotong dadu agak besar sedikit,bersihkan dan tos.
4 sudu besar rempah kurma
2biji bawang besar-kisar
5ulas bawang putih-kisar
1inci halia-kisar
rempah 4 sekawan(kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih)
2 cawan santan
5 biji kentang-belah empat
1 biji bawang besar-potong baji
2biji tomato-belah empat
3/4 cawan minyak masak untuk menumis

Cara menyediakan:

1.Panaskan minyak di dalam periuk yang sesuai.Tumiskan rempah 4 sekawan,kemudian masukkan bahan kisar.
2.Setelah agak garing,masukkan rempah kurma seterusnya daging,sekiranya kering tambahkan 1 cawan air.Tutup,gunakan api kecil dan biarkan sehingga daging agak empuk.Sesekali hendaklah dikacau.
3.Setelah daging agak empuk,masukkan santan,kentang dan garam.Bila kentang empuk,masukkan bawang potong baji dan tomato.Rasakan garam.

Udang Masak Rempah

Bahan-bahan

10 ekor udang sederhana besar (tidak perlu buang kepala dan kulitnya,buangkan hitam di belakang badan udang)
1 biji bawang besar-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
1cm halia-kisar
2 sudu besar rempah kari+1/2 cawan air(bancuh)
garam secukup rasa
sedikit minyak

Cara menyediakan:

Panaskan minyak.Tumiskan bahan kisar hingga agak garing kemudian masukkan rempah kari,tumis sehingga naik bau.Setelah itu masukkan udang dan garam.Setelah udang masak,rasakan garamnya.Boleh juga ditambah tomato sebiji dibelah empat setelah udang dimasukkan.