Bahan-bahan
1biji bawang besar - kisar
5ulas bawang putih - kisar
1inci halia - kisar
2 sudu cili kering kisar
1 ketul kiub ayam(sebagai penambah perisa)
4 sudu besar rempah kari daging (bancuh dengan sedikit air)
4 keping isi ayam- dipotong kecil2
1 cawan santan pekat
1 liter air (boleh tambah sekiranya kuah pekat)
garam secukup rasa
sedikit air asam jawa
Cara membuatnya:
1.Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk yang sesuai.Tumiskan bahan kisar,setelah agak garing,masukkan rempah kari yg telah dibancuh dengan sedikit air dan kacau hingga naik bau.
2.Setelah rempah masak,apabila telah pecah minyak,masukkan air asam jawa dan seterusnya isi ayam.Jika suka boleh ditambah udang,sotong,isi kerang,bebola ikan atau kek ikan.
3.Apabila ayam agak empuk,masukkan santan,air,garam dan kiub ayam.Tunggu sehingga mereneh dan rasakan garamnya.
Bahan-bahan lain
mee kuning (celur sebentar dengan air panas)
sedikit sawi dan taugeh(dicelur sebentar dengan air panas)
tauhu goreng(potong dadu)
telur rebus
bawang goreng
daun sup,daun bawang(hiris halus)
sedikit cili potong(jika suka pedas)
Masukkan serba sikit bahan di atas ke dalam mangkuk dan curahkan kuah kari bersama perencahnya.Enak dimakan ketika masih panas.
Describe details about menu or foods from Malaysia including daily menu, for lunch, tea time, dinner. Cake with Malaysia taste also included.Most of the menu are for daily use or if there are any festivals.
Thursday, October 28, 2010
Wednesday, October 27, 2010
Soto Ayam
Bahan-bahannya
1 ekor ayam - potong 8 dan bersihkan
2biji besar bawang besar - kisar
5ulas bawang putih - kisar
1inci halia - kisar
2ketul kiub ayam
rempah 4 sekawan(kulit kayumanis,bunga lawang,buah pelanga,bunga cengkih)
1sudu besar rempah sup serbuk
4liter air (kalau nak lebih boleh tambah lagi)
Satukan semua bahan di atas di dalam periuk yang sesuai,renehkan sehingga ayam masak dan rasakan garamnya.Bila ayam dah masak,keluarkan dari periuk,toskan dan carik-carik isi ayam menggunakan garpu.
Bahan-bahan lain:
Nasi Impit
Suhun yang telah digoreng
Kacang tanah yang telah digoreng
Bawang goreng
Daun sup + daun bawang, diracik halus
Sambal kicap (10 biji cili padi+dua ulas bawang putih+gula+secubit garam,
tumbuk hingga lumat dan campurkan sedikit kicap manis+kicap masin)
Cara makan:
sediakan mangkuk, masukkan beberapa ketul nasi impit, sedikit suhun goreng,kacang tanah , bawang goreng , daun sup+daun bawang,sambal kicap dan sedikit isi ayam yang telah dicarik,kemudian tuangkan sup panas. Boleh ditambah pegedil jika suka.
Selamat Mencuba!!!
Info: Boleh juga nasi impit diganti dengan bihun atau mee,jadilah Bihun sup
atau Mee sup.

Thursday, September 23, 2010
Mee Bandung Johor
Bahan-bahan penumis (A)
2sudu besar bawang kisar
2 ulas bawang putih kisar
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar udang kering(rendam sebentar&tumbuk kasar)
1/2 cawan kacang tanah(sangai dan tumbuk)
1/2 cawan minyak untuk menumis
Bahan -bahan (B) Bahan-bahan C
100gm Daging (rebus dan potong kecil)
(simpan air rebusan daging) 1 bungkus mee kuning
100gm Ayam (jika anda berada diperantauan gantikan
100gm udang basah mee kuning dengan 1/2 bungkus spagheti,
sedikit kobis bunga rebus dan bubuh 2 sudu minyak dan 1
1 batang lobak merah sudu kecil garam,bila telah lembut,toskan)
4 tangkai sayur sawi
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
3 biji telur ayam
gula dan garam secukup rasa
1 kiub ayam
2 sk tepung gandum@ tepung jagung + bancuh dengan 1/2 cawan air(bagi memekatkan kuah)
Cara menyediakan:
1.Panaskan minyak,masukkan bahan kisar dan udang kering.Bila telah naik bau,masukkan sos,kiub ayam,gula,garam dan kacang tanah.Kacau lagi.
2.Setelah itu masukkan air rebusan daging,daging dan ayam.Bila semuanya hampir empuk,masukkan udang dan sayuran.Renehkan sebentar selama 5minit.Setelah itu masukkan air bancuhan tepung.Kacau.
3.Kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji,jangan dikacau,biarkan telur sebiji sebiji dan terus padamkan api.Biarkan telur separuh masak.
4.Masukkan mee ke dalam mangkuk dan curahkan kuah.

Tuesday, September 21, 2010
Mee Bandung Perantau
Bahan-bahan A (Penumis)
1biji bawang besar (kisar)
2ulas bawang putih (kisar)
1cm halia (kisar)
2 sudu besar cili kisar
sos tomato,sos cili
1kiub ayam
garam dan gula
Bahan B
200gm daging hancur (hackfleisch)
sedikit kobis bunga
1 batang karot(potong ikut suka)
sedikit sayur sawi (jika ada)
3 biji telur
250gm spagheti (rebus hingga lembut,masa merebus masukkan 2sudu minyak masak dan sedikit garam)
Cara menyediakan
1.Panaskan 5 sudu minyak masak ke dalam periuk.Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2.Masukkan sos,kiub,garam dan gula.Kemudian masukkan daging,kacau hingga masak.
3.Setelah itu masukkan 2 liter air,tunggu mendidih,masukkan sayur-sayuran,tunggu sebentar dalam 5 minit.Rasa kuahnya.
4.Setelah itu,bancuhkan 2 sudu tepung gandum+1/2 cawan air bagi memekatkn kuah.
5.Akhir sekali pecahkan telur,jangan dikacau,biarkan sebiji-sebiji.Bila separuh masak,padamkan api.
6.Masukkan spagheti ke dalam mangkuk dan curahkan kuah ke atas mee.

Mee Bandung
Bahan A (penumis)
1biji bawang besar (kisar)
2ulas bawang putih (kisar)
1cm halia(kisar)
2sudu besar cili kering kisar
4sudu sos tomato,4 sudu sos cili
1ketul kiub ayam
garam dan gula
Bahan B
10 ekor udang sederhana besar
sedikit kobis bunga
1 batang karot (potong ikut suka)
4tangkai sayur sawi
3biji telur
1/2kg mee kuning (celur sebentar)
2sudu besar tepung gandum+1/2 cawan air(dibancuh)
Cara menyediakan
1.Panaskan 5sudu minyak ke dalam periuk.Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.Kemudian masukkan sos,kiub ayam,garam dan gula.Kacau.
2.Setelah itu masukkan 2 liter air,bila sudah mendidih,masukkan udang dan sayur-sayuran.Biarkan sebentar dalam 5minit.Rasakan.
3.Kemudian masukkan bancuhan tepung gandum bagi memekatkan kuah.
4.Akhir sekali barulah dipecahkan telur ke dalam kuah.Jangan kacau kuah,biarkan telur sebiji-sebiji.Bila telur separuh masak,tutup api.
5.Jika mahu dimakan terus,bolehlah masukkan mee ke dalam kuah.Tetapi jika ingin dihidangkan untuk tetamu,lebih baik asingkan mee dengan kuah supaya mee tidak kembang.

Monday, September 20, 2010
Mee Rebus Special
Bahan A
200gm daging (potong dan bersihkan,kemudian rebus hingga empuk.Air rebusan daging jangan dibuang)
Bahan B (Penumis)
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar rempah kari daging
1biji bawang besar (dikisar)
3ulas bawang putih (dikisar)
1inci halia (dikisar)
1 batang serai (diketuk)
2 sudu besar udang kering(tumbuk kasar)
1/2 cawan minyak untuk menumis
Bahan C
3 biji ubi keledek sederhana besar (buang kulit,cuci,rebus dan kisar dengan dengan air rebusan tadi)
2 cawan santan
15 ekor udang sederhana besar (basuh,jangan buang kulit)
garam dan gula secukup rasa
Bahan D
1kg mee kuning @ 500gm spagheti (rebus,masukkan 2 sudu minyak makan dan 1/2teh garam-rebus hingga lembut)
2keping tauhu(digoreng dan potong dadu)
2tangkai daun bawang (hiris)
2biji cili hijau (hiris)
1 mangkuk kecil taugeh(celur sekejap)
2 biji telur rebus (belah ikut suka)
Cara menyediakan
1.Panaskan minyak dalam periuk.Masukkan bahan B,tumis hingga naik bau.
2.Kemudian masukkan air rebusan daging,santan dan ubi keledek kisar.Sesekali dikacau.
3.Setelah kuah mendidih masukkan udang dan daging.Kemudian masukkan garam dan gula.Jika suka kuah agak manis,lebihkan gula sedikit.Jika kuah agak pekat tambahkan air.Jangan terlalu cair.Biarkan sebentar sehingga kuah mereneh.Rasa,kuahnya agak sedap jika ada rasa sedikit manis.Tutup api.
4.Masukkan sedikit mee ke dalam mangkuk,bubuh tauhu,telur rebus,taugeh,daun bawang dan cili hijau,kemudian curahkan kuah ke atasnya.
Selamat mencuba

Friday, September 10, 2010
KakAin Recipes: Kek- Coklat - Moist
KakAin Recipes: Kek- Coklat - Moist: "Bahan A: 1 cawan gula 1 cawan serbuk koko 1 cawan air Zutaten A : 1 tasse Zucker 1 tasse kakao puder 1 tasse wasser Cara-cara: Masak..."
Subscribe to:
Posts (Atom)