Thursday, October 28, 2010

Mee Kari

Bahan-bahan

1biji bawang besar - kisar
5ulas bawang putih - kisar
1inci halia - kisar
2 sudu cili kering kisar
1 ketul kiub ayam(sebagai penambah perisa)
4 sudu besar rempah kari daging (bancuh dengan sedikit air)
4 keping isi ayam- dipotong kecil2
1 cawan santan pekat
1 liter air (boleh tambah sekiranya kuah pekat)
garam secukup rasa
sedikit air asam jawa

Cara membuatnya:

1.Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk yang sesuai.Tumiskan bahan kisar,setelah agak garing,masukkan rempah kari yg telah dibancuh dengan sedikit air dan kacau hingga naik bau.
2.Setelah rempah masak,apabila telah pecah minyak,masukkan air asam jawa dan seterusnya isi ayam.Jika suka boleh ditambah udang,sotong,isi kerang,bebola ikan atau kek ikan.
3.Apabila ayam agak empuk,masukkan santan,air,garam dan kiub ayam.Tunggu sehingga mereneh dan rasakan garamnya.

Bahan-bahan lain

mee kuning (celur sebentar dengan air panas)
sedikit sawi dan taugeh(dicelur sebentar dengan air panas)
tauhu goreng(potong dadu)
telur rebus
bawang goreng
daun sup,daun bawang(hiris halus)
sedikit cili potong(jika suka pedas)

Masukkan serba sikit bahan di atas ke dalam mangkuk dan curahkan kuah kari bersama perencahnya.Enak dimakan ketika masih panas.

Wednesday, October 27, 2010

Soto Ayam

Bahan-bahannya

1 ekor ayam - potong 8 dan bersihkan
2biji besar bawang besar  - kisar
5ulas bawang putih  - kisar
1inci halia   - kisar
2ketul kiub ayam
rempah 4 sekawan(kulit kayumanis,bunga lawang,buah pelanga,bunga cengkih)
1sudu besar rempah sup serbuk
4liter air (kalau nak lebih boleh tambah lagi)

Satukan semua bahan di atas di dalam periuk yang sesuai,renehkan sehingga ayam masak dan rasakan garamnya.Bila ayam dah masak,keluarkan dari periuk,toskan dan carik-carik isi ayam menggunakan garpu.

Bahan-bahan lain:

Nasi Impit
Suhun yang telah digoreng
Kacang tanah yang telah digoreng
Bawang goreng
Daun sup + daun bawang, diracik halus
Sambal kicap (10 biji cili padi+dua ulas bawang putih+gula+secubit garam,
                       tumbuk hingga lumat dan campurkan sedikit kicap manis+kicap masin)

Cara makan:
sediakan mangkuk, masukkan beberapa ketul nasi impit, sedikit suhun goreng,kacang tanah , bawang goreng , daun sup+daun bawang,sambal kicap dan sedikit isi ayam yang telah dicarik,kemudian tuangkan sup panas. Boleh ditambah pegedil jika suka.
Selamat Mencuba!!!

Info: Boleh juga nasi impit diganti dengan bihun atau mee,jadilah Bihun sup
        atau Mee sup.